People I Can't Stand With!

September 02, 2017

Dalam dunia ni bukan kita seorang aje. Ramai lagi manusia dan banyak ragam manusia. Kau kena ingat tu. Jadi, selagi ada manusia dalam dunia ni, kau kena hadapi macam-macam termasuklah perangai manusia-manusia sama ada baik ataupun buruk. Aku bukanlah jenis yang suka berlaku jujur. Tapi untuk topik yang ni aku kena jujur sebab ia melibatkan isu yang berlaku (Real) . Tapi mungkin agak sensitif bagi setengah pihak. Tapi bagi pihak yang punya fikiran yang positif dia akan ambil apa yang aku tulis ni tanpa banyak soal.  Kita mungkin ada kenalan yang kita tak boleh tahan dengan perangai dia yang satu tu kan? Cuma berlaku jujur. Kadang-kadang bukan semua perangai kawan kita, kita suka. Dan percaya pada aku, aku jugak mungkin ada perangai yang bodoh sampai kawan aku tak boleh tahan dengan aku.  Cuma berlaku jujur. Sebab kita akan bertambah lega kalau kita jujur dengan diri sendiri. 




1. The "Perfect" One

Sama ada korang pernah alami benda ni ataupun tak. Tapi aku percaya dalam kalangan kawan-kawan mesti ada seorang yang rasa diri dia perfect sangat sampai semua benda yang orang lain buat dia kata salah dan nak orang lain dengar apa yang dia cakapkan. Hell no! dia ingat dia siapa nak orang dengar cakap dia sahaja sampai semua benda yang dia cakap, dia nak orang percaya dan dia seorang aje yang betul. 

2. The "Talam Dua Muka" 

Sebenarnya kawan yang jenis macam ni agak bahaya sikit sebab dia memang boleh buat orang bergaduh. Depan kita elok aje baik. Macam duduk dibawah 1000000 lampu spotlight. Suci aje muka. Tapi bila belakang kita kutuk kita kemain lagi macam tak ada benda nak cerita selain kutuk kita habis-habisan. Cikgu aku cakap "Kalau nak kutuk, kutuk depan-depan, baru tak berdosa." What?! Haha! Jadi amalkan apa yang cikgu aku cakap tu. Tapi jangan sampai guriskan hati Si Talam Dua muka tu. Kita bagi sedas-sedas aje. 


3.  The "Kaki Patah Semangat" 

What I mean about this one adalah bukan sebab dia jenis orang yang tak bersemangat atau mudah mengalah tapi jenis orang yang suka mematahkan semangat orang lain hanya sekadar untuk suka-suka. Yeah! Truth! I can't stand with this types of people. Kita tak akan tahu sejauh mana kita boleh buat kalau kita tak cuba betul tak? Jadi bila kita dah bersemangat habis-habisan nak melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh ada lah pulak seorang malaun yang tak tahu sesat dari hutan amazon mana patahkan semangat kita. What!? kau rasa? kau boleh hadap ke orang macam ni? Aku tak! Aku lebih suka ada seseorang teman yang boleh bangkitkan semangat bersama-sama. 

4. Kedekut Tahi Hidung Masin! 

Boleh kalah Haji Bakhil. Yeah, I Know semua orang pun kadang-kadang ada sifat kedekut ni. Aku pun sama, jadi aku tak suka nak berselindung. Tapi kalau kedekut sekalipun, kedekutlah pada masa yang betul. Kau rasa? Bila dia tak ada duit dan pinjam kita duit dan kita bagi dia dengan ikhlas tapi bila kita dalam kesusahan dia buat derk aje macam tak tahu apa yang berlaku? sakit tak hati? Tak termasuk bila situasi dia pinjam barang kita boleh, kita nak pinjam barang dia kedekut sampai tahap langit ketujuh. Sebagai seorang kawan, kita mestilah tolong sesama sendiri. Kalau tak dapat tolong cakap dengan jujur.

5. Kawan Ikut Standard.

Ni sorang lagi jenis perangai tak semengah. Boleh tak kalau nak berkawan tu jangan memilih sangat? Aku pernah alami tau benda ni. "Kau tak payahlah nak belagak sangat sampai orang tegur buat bodoh aje. Dah lupa ke siapa yang kawan dengan kau dulu? Sejak dah masuk KV ni berkawan dengan budak standard kau."

6. Kaki Sentap Tapi Suka Kutuk Orang! 

I really can't stand with this type too tho. Halo mulut dia gila pedas bila bab-bab mengutuk dan mengenakan orang. Tapi bila kita cakap sikit mulalah sentap mengalahkan kita ni tak pernah dikatanya. Padahal gurauan kita tak ada lah lebih-lebih sangat macam yang dia selalu kata kita. Siapa yang boleh tahan dengan orang yang macam ni?  Kau memang hebat. Kadang-kadang je aku boleh hadapi orang yang macam ni. Bila dah lebih sangat "Lantak kau ah!"

7. Yang tinggalkan Bluetick Bila Kita Tanya Benda Penting.

Ini pun hampeh juga. Bila aku tulis ni aku sebenarnya ketawa. Ketawa dengan tiba-tiba bila fikirkan seorang lagi perangai yang kita tanya benda penting dekat Whatsapp tapi dia buat bodo aje. Tinggal Bluetick! Esok atau lusa baru balas! Baik tak payah pakai telefon tho!



8. Tak Reti Nak Hormat Privasi Orang. 

Kalau ada yang nak pinjam telefon untuk tangkap gambar atau dengar lagu aku okey lagi. Tapi yang jenis dapat henfon orang lepastu dia terus jadi penggodam nombor satu dunia, itu yang agak melampau tu. Check, Whatsapp, Facebook, Mesej, Gallery kita semua. Serious talk. Tak boleh tahan dengan orang yang macam ni. Rasa tak selamat.



Sebenarnya ni baru sikit je. Aku kalau bole nak tulis banyak lagi. Tapi aku teringin jugak nak dengar korang punya cerita, Jenis orang yang macam mana korang tak boleh hadap. 

Kita manusia sentiasa buat silap pada manusia. Jadi kalau manusia lain tak suka dengan cara kita cubala berusaha untuk buat mereka suka dengan perangai kita atau lebi kepada attitude kita sebagai seorang manusi dengan sesama manusia. - Dangerous Man


10 comments:

  1. Ya Allah yg number 6 tu sumpah annoying doe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Aduh Mer... memang takleh ahhh kalau orang yang macam tu. Sumpah fedup

      Delete
  2. manusia manusia seperti ini memang wujud. bila kena batang hidung dia sendiri, baru dia rasa apa kita rasa haha.

    btw, blog cantik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Truth! memang wujud dan ramai dekat muka bumi ni. Tq Raf! Dah follow blog Raf. Raf buat vlog en? Cool gila. Teringin sebenarnya nak buat vlog tapi tak pandai main kamera. Hahaah

      Delete
  3. Biasa lah manusia ni rambut jer sama hitam tapi hati lain-lain tapi kelainan ini melengkapi antara satu sama lain jadi toleransi lagi bagus betul tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toleransi tu elemen yang sangat penting kalau nak hidup dalam keadaan yang aman dan tenang. Truth!

      Delete
  4. Bab talam dua muka paling sakit hati. Rasa tertipu tahap paling tinggi bila dapat tahu kisah sebenar. Huhu

    ReplyDelete
  5. I agreed with you. Hope such peoples will understand others feeling.

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.