Books That I Admired Their Writer

August 31, 2017


Being a book lover was the best thing ever in the world. There's no other heaven things beside read a book while have a cup of Tea/Milo. Bila aku baca penulisan mereka. Aku rasa mereka berjaya buatkan aku terbuai. Sebagai seorang penulis bukan senang sebenarnya untuk buat pembaca ikut jalan cerita yang kita cipta. Kadang-kadang penulisan kita mungkin akan membosankan pembaca kerana terlalu meleret dan terlebih-lebih. Secara jujur aku tak berapa suka dengan novel yang heronya terlalu manis sampai tahap potong kaki. Aku lebih suka membaca tentang seorang hero yang matang, sweet dalam cara dia sendiri dan mempunyai sifat yang unik. Begitu juga dengan watak heroinnya. Tidak terlalu terlebih dan matang dalam tingkah laku. It depends on the genre. Kalau sesebuah novel itu bergenre Humour. Aku boleh terima dengan hati yang terbuka kalau heroin atau hero dia jenis yang putus wayar sebelah. Bukan senang nak buat lawak dalam penulisan. Macam kau kena buat back atau flip diving macam Pandelela Rinong. Banyak risko sebab kau mungkin akan buat pembaca blur dalam beberapa minit sebab tak sampai kau punya punchline dalam penulisan tu. Aku juga suka baca buku yang ala-ala pembunuhan, magik, dan triller gitu. Jadi... siapa writer yang buat aku gila bayang dengan penulisan mereka itu? Cewah... ramai sebenarnya tapi aku terpaksa ambil top five aje. Serious talk, memang susah untuk aku buat pilihan nak cari mana writer yang terbaik. Sebab... memang ramai gila penulis yang berbakat besar dekat luar sana.



5. ANJELL

Can you tell me how this Author write her stories? Anjell adalah salah seorang yang aku jadikan idola dalam dunia penulisan. Aku dah follow dia sejak buku pertama dia lagi dan dari mula lagi aku memang dah jatuh cinta dengan gaya penulisan Anjell yang bersahaja dan santai. Kalau baca ayat yang dia tulis tu senyum memanjang aje. Even, Anjell seorang gadis yang ambil aliran sains tapi gaya penulisan dia langsung tak nampak macam dia seorang budak sains. Dan apa yang aku kagum dengan si Anjell apabila hampir semua novel dia sold out dalam masa beberapa hari selepas diterbitkan dan hampir kesemua novel dia diadaptasi ke drama. Wow! Best tak best kalau aku dapat jadi macam dia. Yang paling aku suka tentang gaya penulisan Anjell bila dia masukkan unsur sains ke dalam bentuk Humour. Dan aku sedang menanti novel terbaharu dia. 


4. SURI RYANA
Rasa macam pelik kalau dia takde dalam list penulis yang aku admired sangat-sangat. The best part about Suri Ryana is, bila baca novel dia, kita dapat rasa betul-betul suasana yang cuba dia sampaikan dalam setiap novel dia. Bila baca novel KUA, kita rasa betul-betul ada dekat Korea. Bila baca novel KPMS, kita akan rasa macam ada dekat Jepun.


3. EVELYN ROSE

Being Beauty and Brainy at the same time. Aku kagum dengan cara penulis Evy. Dia punya aura penulisan sangat lain macam dan menyakinkan pembaca macam aku. Masa pertama kali aku nampak buku dia, aku terus beli tanpa berfikir panjang. Dan pilihan aku memang tepat sebab penulisan Evy memang tidak menghampakan aku. Dia seorang pelajar yang berada di tahap Ph.D dalam bidang penyelidikan pada usia yang cukup muda iaitu 25 tahun. Tengok, siapa kata rakyat Malaysia tak punya rakyat yang bijak pandai?







2. SUZANNE COLLINS




Aku terpikir jugak kadang-kadang. Macam mana dia boleh dapat idea untuk buat cerita yang macam ni? Serious Talk. Kalau siapa yang pernah tonton movie Hunger Games mesti akan rasa cerita tu sangat lain daripada yang lain. Jadi, aku tak boleh nak kata apa dekat penulisan Suzzane. Penulis dia cukup buat aku rasa suspen yang betul-betul suspen.


1. J.K ROWLING
Jadi memang sah-sah J.K Rowling jadi penulis tempat pertama dalam hati aku. Siapa peminat Harry Potter sini? Mesti korang still tak boleh move on dengan Harry Potter dan sampai sekarang still lagi tengok movie itu even Harry Potter dah tamat lama dah. Aku tak boleh nak kata apa dengan penulisan J.K Rowling ni sebab dia ialah penulis terunggul sepanjang zaman. Kalau boleh aku pun teringin nak jadi macam dia. Haha. 

Jadi agak-agak siapa korang punya favourite writer? Share sikit. Mana tahu nanti aku boleh cari buku depa. Korang kenal dengan Budak Tomato kan? dia dah lama tak on blog? ada sapa tahu tak mana nak beli buku dia? sebab teringin nak baca. 


"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE- 60"

8 comments:

  1. Replies
    1. Yup, and Bro boleh try baca satu. Qbal recommandkan The Hunger Games

      Delete
  2. Mohon masukkan Nicholas Spark dalam koleksi anda please. Haahhaha #diehardfans

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kena godam dulu ni siapa Nicholas Spark. Macam pernah dengar nama dia.

      Delete
  3. Akak suka dengan Anjell, Suri Ryana dan Evelyn. Cuma novel Suri Ryana je yang akak memang follow habis. Novel Anjell Dr Alhpa Male baru lagi kan? Semalam nampak banyak kat expo buku. Bolehlah beli, cam tertarik pulak nak baca :)

    Kalau akak suka dengan Ramlee Awang Murshid, Cecelia Ahern, Sophie Kinsella dan Nicholas Spark. Cuba baca novel Ramlee Awang Murshid, best. Lain daripada lain untuk local author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjell punya penulisan memang gempak habis lah kak. Memang tak boleh tinggal satu pun buku dia. Akak bayangkan novel terbaharu dia yang Alpha Male tu terjual 3ooo naskah dalam masa 2 jam. Sold out. betapa kuatnya aura buku dia.

      Seorang lagi minat Nicholas Spark? betul-betul kena cari ni buku dia. Macam best je dengar ramai orang suka baca buku Nicholas ni.

      Delete
  4. Wah.. Dah lama dah saya tak baca novel. Kalau novel melayu saya suka gaya tulisan Nurul Syahida Kamarudin sebab banyak novel dia yang ada plot twist. Memang tak cliche. Saya suka novel santai2.. Kalau english author, suka Cecelia Ahern. Sophie Kinsella pon best juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qbal pun dah kurang baca novel dah sekarang ni. Tak ada masa nak baca. ni pun luangkan masa dekat blog ni seminggu cuti ni aje. Mungkin lepas ni update sekejap-sekejap je kalau ada benda penting nak update.

      Delete

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.