Being Languages Addiction? (내가 바보?)

18:28:00

Masalah utama aku bila jadi seseorang yang sukakan banyak bahasa adalah menghadap orang-orang yang berfikiran kolot dan pandangan sinis orang terhadap aku. pftt... Aku tak tahulah apa masalah diorang sebenarnya. Serius, aku bercerita tentang perkara yang betul-betul terjadi pada diri aku. Seseorang pandang aku tak puas hati bila dia dapat tahu yang aku seorang pencinta banyak bahasa. Dia datang dekat aku dan cakap... 

"Inilah orang kita... bahasa melayu sendiri pun tak betul, sibuk nak belajar banyak lagi bahasa." 

Dan aku, Qbal Ramlan bukanlah seorang yang baik sangat. Jadi aku membalas dengan penuh yakin. 

"Dunia sekarang dah maju. Kau buat sesuatu yang unik pun orang tak kisah sebab memang dah ramai dekat dalam dunia manusia yang pandai bercakap dalam banyak bahasa. Hanya orang yang kolot sahaja akan pandang perkara ni macam sesuatu yang sangat pelik dan menjengkelkan." 

Hah, aku tak tahu reaksi muka dia macam mana lepas tu sebab aku terus blah daripada situ. Siapa kisahkan? Lantaklah dia nak rasa apa ke. 

Sekarang ni makin ramai homosapiens yang bijak telah muncul. Tak terkira dengan jari. Sekarang ni orang yang ambil PhD dalam usianya muda, dan tak jadi satu isu yang ajaib sebab memang terlalu ramai manusia yang berjaya pada usia yang muda. 

Hanya orang yang berfikiran kolot dan tertutup sahaja akan rasa perkara ini satu isu yang menjengkelkan bagi dia. 

Itu belum masuk lagi dengan isu netizen-netizen yang sekarang ni ramai kaki mengecam sesama bangsa sendiri. Sampai bergaduh-gaduh. Buat dosa aje. Sifat dengki dengan orang lain. Memang tak boleh nak halang. 

Aku rasa tak pelik kut kalau ada orang yang mencintai banyak bahasa dalam dunia ni. Bukan aku seorang aje. 

Tapi itulah... bila berhadapan dengan orang-orang yang berfikiran kolot ni kena sabarkan hati sikit. kena jadi kental. Kalau nak hadap orang yang perangai macam ni kau kena buat muka tak ada perasaan dan senyum macam tak terkesan langsung dengan apa yang dia cakap. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Settel.  

Sebenarnya dah banyak kali aku kena situasi dekat atas tu. Tapi itulah... kadang-kadang aku buat bodoh aje dengan apa yang mereka cakap. Ada masa aku lawan balik kalau aku dah tak tahan sangat. Haha... being yourself is the best okey! 

Lantaklah orang nak kata apa dekat kau janji kau teruskan usaha tu. Lagi satu, tak payahlah nak berfikiran kolot sangat. Bukan aku seorang aje dalam dunia ni yang mampu cakap lebih dari tiga bahasa. 

Satu perkara yang sangat normal. 

22 comments:

  1. ayat cliche seorang melayu yg berfikiran kuno yg penuh dgn hasad dengki.. Just ignore those kind of people.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. umh.. as usually. I don' have to say who right?? Everyone will guess it correctly.. hhshsh😂😂😂

      Delete
  2. I think you're way better than me bcs you knew a lot of languages but me? Hahaha it doesn't matter kalau kita tahu banyak bahasa sekali pun baguslah tu bonus untuk kita jugak maybe boleh jadi translator ke like who knows our future..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm just an ordinary boy. Nothing special about me 😄😄. Amin... mana tau kan bermanfaat untuk kita nanti

      Delete
    2. hahaahaa yeah baguslah ada sikap merendah diri xD haaa yeah.. Inshaallah .. may Allah ease everything

      Delete
  3. Bagus sangat bila boleh bercakap banyak bahasa. Bonus besar tau! Kalau bekerja nanti, employer mesti lah nak ambik orang yang boleh cakap banyak bahasa kan? Memang tak rugi kalau boleh menguasai banyak bahasa. Saya pun seorang yang sukakan bahasa! Boleh baca hangeul tapi tak faham! Haha.. InsyaAllah suatu hari nanti saya pun boleh jadi macam qbal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, truth! Niena trylah belajar lagi. mana tahu dapat kuasa bahasa yang lain selain english dan melayu.

      So sweett... I just an ordinary person Niena.

      Delete
    2. Just be yourself okey?? Tq datang singgah. I'll BW back later.

      Delete
  4. Terus pandang ke depan aje. :D its just language, mana tahu satu hari kita bleh permudahkan urusan org lain kan? in case dorang sesat and tak tahu nak ckp english. oh tagalog also one of my fave language. but not having time to learn the proper way. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's what I Thought. Other Homosapien who had negative thinking nevar like it AF. hhahah

      Tagalog? really nanti bolehlah cakap filipin dgn Qbal. 😂😂😂

      Delete
  5. Tahu banyak bahasa tu amat bagus. Teruskan. Kepada yang negative thinking terhadap anda ya, betul, katakan kepada mereka boleh bxxx. . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. We should kill that negative thinker. hahah.. Kena braiwash sikit baru best.

      Delete
  6. Belajar banyak bahasa banyak kelebihan dia! nak nak bila dah keluar bekerja, kalau pandai cakap cina, paling better bahasa mandarin lah kat malaysia ni, terus orang cina ambil kita kerja, kira satu bonus. Kalau bahasa india tu, kalau lidah power nak berputar no hal haha. Nak pergi dekat tempat orang pun senang, takde lah kene kencing. kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa.. komen paling panjang dah padat setakat ini. Setuju jugak dengan apa yang sis cakapkan tu. Ada juga dengar2 cerita yang kalau kita nak dapat kerja dengan orang cina kita kena pandai cakap bahasa mandarin.

      Tapi kalau yang bahasa tamil tu... err... agak susah sikit sebab pernah belajar tapi terbelit-belit lidah nak sebutnya. Kita miming ajelah. hahaha

      Delete
  7. hahaha tamil dengar diorang cakap penuh rasa pening kepala. takde noktah kalau bersembang. belajar seperkataan jee boleh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... itu yang susah tu sampai kita-kita sekali pening dengar apa yang diorang cakapkan. I had an Indian friend and she said tamil very hard language to learn.

      Delete
  8. knowing a foreign language is a plus nowadays. lagi banyak peluang pekerjaan. those who said that must be jealous and only know how to condemn people

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah. Thats truth. Mana tahu berguna jugak satu hari nanti kan..

      Delete
  9. Kesimpulannya sekarang ni buat apa pon tak kena. I love languages also! Sejak cuba gunakan lebih banyak English makin tertarik pulak lepas tu rasa macam seronoknya kalau dapat belajar bahasa lain, hopefully boleh at least belajar mandarin. Dapat buat kawan chinese plus increase market value, yang kolot nak kutuk orang boleh duduk dekat belakang tengok orang boleh capai macam-macam dengan mencuba benda baru. lulz.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap, orang yg punya pemikiran yg negatif akan rasa benda ni satu perkara yg mngarut. Tapi tak bagi orang yg punya pemikiran yg positif.

      Kalau Sis Fifah minat bahasa ni semua teruskan. Benda ni merupakan satu perkara yg penting juga. Lebih2 macam yg sis ckp tadi. Market tu. kalau pandai bahasa cina atau bahasa yg lain. satu bonus jugak kan... teruskan!! pandang ke hadapan. jangan kita toleh pada orang yg nk jatuhkan kita. 👍👍

      Delete
  10. Wow. List sikit bahasa yg qbal boleh cakap. I can speak Malay n English only hm. Good for you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni yang agak master sikit Hangeul dengan tagalog. Sebab ada kawan yang dari filipina ajarkan tagalog, hangeul belajar sendiri dari youtube. Little bit in Japan sebab masih lagi belajar. Dan juga sikit-sikit dalam mandarin. Sekarang ni pun tengah rasa nak belajar bahasa Spain dengan arab.

      Delete

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.