Min Ho vs Oguri Shun (민호씨? Oguri 누구세요?)

22:37:00
Lee Min Ho? 😕 Semua orang kenal. Oguri Shun?😯 Tak semua yang kenal. Beza antara mereka? Min Ho pelakon lelaki popular dari Korea Selatan manakala Oguri Shun merupakan seorang pelakon lelaki paling popular dari Jepun. Dua negara ni berbeza tapi mempunyai hubungan diplomatik yang agak kukuh.

Bukan aku nak cerita pasal politik.(tidak sama sekali)😶

Entri lepas aku ada bertanya tentang Oguri Shun? Kalau-kalau siapa yang kenal Oguri Shun sila munculkan diri. Tapi hanya beberapa orang aje yang kenal. Mungkin Oguri Shun dah tak berapa nak popular lagi macam zaman kegemilangan dia tahun awal 2000.

Persamaan antara dua orang lelaki ini ialah mereka seorang pelakon yang sangat versetyle (kalau tak takkan boleh jadi pelakon popular ya tak?)


Lee Min Ho🙆

Sebenarnya dulu aku tak berapa minat sangat dengan dia punya perwatakkan ni. Aku ingat dia jenis yang sombong dan tak suka menegur orang tapi bila satu hari dia tegur aku masa dekat Pavillion...

"Iqbal Si!"

Hahaha. Ini bohong semata okey.😜

Okey dulu aku tak berapa nak minat dengan dia sebab dia nampak sombong. Tapi bila sejak akhir-akhir aku baru perasan yang sebenarnya aku terkesan dengan watak dia dalam Boy over flowers tu. Hah! Kan dalam watak tu dia sombong nak mampus. Tu yang aku tak berapa suka. Sebab aku geram dengan perempuan tu. Dah laki tu sombong still jugak nak dengan dia. Cubalah perasan yang aku masih ada lagi di sini. 😚

Tapi semenjak aku tertengok cerita Legend of the blue sea lakonan dia dengan Jun Ji Hyun aku rasa macam lakonan Min Ho ni gempak jugak. (Aku tengok LOTS sebab Jun Ji Hyun belakon) 

Tapi baru aku perasan yang sebenarnya Lee Min Ho punya lakonan gempak gila. Tapi Jun Ji Hyun lagi gempak. 😛

Dan... start daripada tu aku nak try jadi "Lee Min Ho Malaysia' Hahahaha (Sila gelak!) 😂

Okey tak kelakar 😥
Tapi aku seriuslah. Kalau korang baca About Me kat atas tu. Kalau orang tanya aku, aku nak jadi apa... aku akan jawab "International Actor' walau hakikatnya agak tipis peluang tu. Sebab kat Malaysia ni dah ramai sangat artis baru yang aku tak tahu datang dari mana. Tiba-tiba aje muka masuk TV. Heks!

Jadi aku nak trylah jugak mana tahu dapat ke kan. Aku ni kalau bab rupa takdelah sangat. Kalau bab bakat tu Insha-Allah boleh buat. Sebab hobi aku memang suka cakap sorang-sorang. Nak-nak lagi aku suka menulis lagilah kuat berangan. Sampai aku rasa aku yang bercakap dengan watak ciptaan aku sendiri.😂

Nampak sangat yang aku ni jenis Alone aje sepanjang masa. Mana ada orang nak mesej.😪

Jadi... aku dah melalut. 

Okey. Aku dengar cerita yang Lee Min Ho ni artis yang kurang sangat bersosial betul ke? Betullah kut.Sebab bila tengok akaun Insta dia dalam 4o lebih post aje kut. Mungkin bagi dia yang penting adalah Acting kut. Bukan hanya untuk sosial saja. Dia lebih pentingkan kerja dia dan tak suka sangat sosial. Kalau korang masuk Akaun Insta dia pun korang terkejut sebab tak adalah semak.                                                       





Oguri Shun

Ya. Inilah dia Oguri Shun yang aku maksudkan tu. Korang kenal tak? Kalau tak kenal meh aku bagitahu yang dia ni pelakon dalam drama Detective Conan The Series (Yang memang aku ada) 😂. Tapi sekarang dia dah kahwin dan ada anak. Dah... gemuk sedikit.😁

Aku memang minat gila dengan cara lakonan dia yang tenang tu. Bila dia belakon cool aje. Tak langsung gelabah. That's why I like his movie and drama. 

Dia ni dah lama sangat tak keluar mana-mana rancangan TV. Eh, bukan tak keluar memang takkan masuk pasaran pun rancangan Jepun ni dah.

Dulu, sebelum Kpop semua tu menguasai industri muzik, Jepun dan naik dulu sebelum diorang dan pada tahun bila tah aku pun dah lupa Jepun mengalami zaman kejatuhan sebab populariti Kpop semakin meningkat dan terus meningkat sampai muzik, anime, drama dan movie Jepun terus tenggelam macam tu aje. Rasanya sebab Jepun dan China bergaduh.

Sebab China merupakan negara yang boleh memasarkan produk muzik, drama, movie semua tu. China adalah pemasar yang paling terbaik sekali. Mungkin disebabkan berlaku sedikit salah faham antara Jepun dan China menyebabkan Jepun terus lenyap. Dan Korea mula mencucuk-cucuk China dengan diorang punya produk muzik, drama, Movie juga dengan produk kecantikkan diorang. Maknanya kalau negara yang nak pasarkan produk diorang tu memang kena struggle dekat China ajelah sebab pemasaran China memang kelas pertama yang boleh mendunia.

(Sekarang ni Shila Amzah dah buka jalan, Bolehlah disusuli dengan lagu Aiman Tino)

Kan aku dah buka kelas sejarah kat sini hahahah...   


Jadi... antara Lee Min Ho dan Oguri Shun?


16 comments:

  1. Mya mula tengok Oguri Shun dalam cerita Hana Kimi dan Gokusen. Tapi mya lagi minat Lee Min Ho, handsome. Kalau ikutkan bahasa, Mya lagi suka cerita Jepun sebab dah jatuh cinta. Okay, bye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oguri Shun kalau berlakom mmg cool gila kan😂😂

      Lee min ho pun kira okey juga bab lakonan dia. Samalah dengan Qbal. Lebih suka dgn bahasa jepun . best😄😄

      Delete
  2. Antara Lee Min Ho ngan Oguri Shun, nurin pilih Oguri Shun of course! Hahaha. Walaupun dia dah kahwin. Wife dia belakon dalam mei-chan no shitsuji kan? K tereksaited sudah. Btw dedua ni belakon bagus and satu lagi persamaan dorg sorang belakon boys over flower korea, sorg lagi belakon yang jepun punya. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. diorang belakon boy over flowers yg sebenarnya BOF original dari jepun. Qbal tak kisah nak sokong sapa. jnji lkonan depa gempak😂😂😂

      Delete
  3. Baru tau pasal Oguri Shun but not a fan of Lee Minho either.. haha.. So tak pilih dua2 but I can give Oguri Shun a chance.. Kena tengok balik detective conan ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah kena tengok balik sis. lakonan dia👍👍👍

      Delete
  4. wah minat kpop ek hehe minat min ho kot tapi suka character oguri :D
    salam kenal, done follow here
    http://mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, tak 😝😝 saya tak minat kpop. Kpop untuk orang yg sukakan lagu depa ja. saya tak suka sangat idols group ni. Klau untuk orang yg minat drama depa tak panggil Kpop. hsshahahha😂😂

      serius tak minat kpop.

      Btw, tq follow sini 😍😍

      Delete
  5. peh! layan drama korea jugak ke iqbal? hihi..

    e'in suke lee min ho.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan 😂😂 janji cerita diorg best bab sains fiction tu je. 😂😂 dgn banyak komedi

      Delete
  6. Saya tak layan sangan drama2 nih.. tapi saya suka tzuyu je hahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey Qbal kenal tzuyu tu. hahahha😂😂

      Delete
  7. Lama tak layan K-Drama or J-Drama. takde masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trylah tonton sekali. Mana tau terus jadi kipas susah mati.

      Delete
  8. Replies
    1. Hah, Syara mesti minta Oguri Shun ni. hahahahaha

      Delete

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.