Am I really can speak in 5 languages(I speaking malay)

April 25, 2017
 

Hah! Just Ignore that ugly face. Hahaha!

People ask me (Nak Jadi King Coco). "Am I really can speak in five languages?"

Woo... kena buat video ni supaya diorang percaya yang aku boleh cakap dalam 5 bahasa. Hah? korang percaya ke aku boleh cakap dalam lima bahasa? Percaya? Tak?

Okey, sebenarnya.... memang aku boleh cakap dalam 5 bahasa tu. Tapi! tapi! aku kena  belajar lebih lagi sebab kadang-kadang bukan betul sangat apa yang aku cakap. Adalah jugak yang betulnya. Tapi kalau aku cakap 5 bahasa ni dengan diorang yang tak reti memang depa kata aku "gila" lah jawabnya.


1. FILIPINA

Disebabkan aku suka sangat tonton cerita telenovela yang panjang tu secara tak langsung aku adalah sikit faham apa yang diorang cakap.

Macam... "Walang!" "Ekau" "Ako!" "Babuhai!" "Sige" "Hindi Ka" "Putang inang!" "Baluka!" "Selamat" "Alo mok!" "Buhai?" 

Sebenarnyakan... bahasa tagalog ni sama je macam bahasa melayu. Tapi! tapi! perkataan yang sama, maksud yang berbeza!

Contoh: "Ekau bilang si Monica!"
Maksud: "Kau sebagai Monica"

Kalau dekat Malaysia: Bilang sinonim dengan Kira, Mengira tapi bila tagolog Bilang akan bermaksud Sebagai.  Dan banyak lagi perkataan melayu yang ada pada bahasa tagalog.

P/s; Aku memang pernah belajar bahasa tagalog. 


2. CHINA 

Kalau kau cakap cina dengan orang cina dan kau cakap benda yang merepek-repek aku rasa kau memang dah kena tendang dari KL ke Singapura. Haha!

Cuma nak ingatkan kalau kita belajar bahasa bangsa lain kita jangan sampai menghina bahasa diorang. Tak baik untuk kesihatan; ginjal, hati, otak, perut dan sebagainya. Okey gais?!

Jadi aku boleh ke cakap dalam bahasa Cina? Hmmm?

Sebenarnya tak sangat pun. Aku cuma miming je apa yang diorang cakap. Tapi kalau cara percakapan diorang tu aku boleh tirulah. Sama macam bahasa tagalog tadi. Aku boleh tiru cara percakapan diorang

Rasanya perkataan selalu dalam drama cina tu aku bolehlah faham sikit-sikit. Aku memang suka tengok drama cina ni sebenarnya.Ada kat sini yang suka tak?? Nanti PM ye? Haha!

P/s;Last month, I took Mandarin lesson and I give up! I give up! It was really hard! 


3. THAILAND

Sawadikrap! Normal people will start like that. But for me... "Medai!"

Aku boleh cakap sikit-sikit je dalam bahasa Thailand. Tak banyak mana pun aku tahu tentang bahasa diorang. Tapi kalau bab melayan drama dan movie dari negara depa memang aku laju je nonton. Gila woo! movie depa best kut. Lawak ada, seram ada!

Movie yang paling aku suka movie berkaitan Mafia, bunuh-bunuh, seram dengan lawak serta romance Serius kalau dapat movie tu aku memang layan. Movie depa kualiti tinggi. Seronok ja layan.

So? aku boleh cakap bahasa Thailand? Yes! Tapi kena juga belajar lagi. Sebab bahasa orang bukannya kita boleh buat main-main. (Serius)


4. JAPAN 

Sapa ada drama dan movie Jepun kat sini? Mai share. Kalau bab movie deme memang tak boleh nak halang. 

Lagi-lagi kalau movie yang bedasarkan fantasi dan penyiasatan macam Death Note, Yakuza, Parasyte, Yang bunuh-bunuh dan seram. Seronok! 

Kalau yang movie genre love story lagilah aku layan.

Tak dinafikan dalam 5 bahasa ni semua aku paling suka bahasa jepun. Serius loo... tak tahu kenapa. Bila aku cakap bahasa jepun tu memang rasa seronok. Haha!

Dan... ada niat sebenarnya teringin nak pergi sana dan tengok macam mana cara orang sana. Selalu  dengar aje orang cakap yang jepun ni disiplin tinggilah.

Tak guna juga dengar dengan telinga aje. Mata pun mesti kena tengok juga benda tu.

Jadi... aku memang boleh cakap dalam bahasa jepun sikit-skit. Sekarang ni aku baru belajar Hiragana aje. Tu pun dan sendu.

Bahasa Jepun ada tiga peringkat. Hiragana, Katana, Kanji. Kanji yang paling susah dan mendalam.

Memang kalau korang nak belajar bahasa jepun korang kena belajar tiga-tiga sekali. Kalau korang belajar hiragana aje memang tak boleh. Kena ada kanji juga sebab kanji majoriti orang jepun pakai.


5. KOREA

Rasanya aku boleh cakap, korea memang aku master setakat ni (ceh...) lepas ni nak ambik PhD pula. Haha

Tapi serius! aku memang tahu cakap dalam bahasa korea. Hmm.. rasanya yang baca ni pun tahu kut bahasa korea? kan? kan?!

Sapa hantu drama korea kat sini? boleh share pelakon mana yang korang minat.

Tapi sorry... Qbal Ramlan bukan Kpopersss? Nobe!

Aku tak minat sangat lagu-lagu depa. Kalau OST drama ye aku minat. Tapi kalau yang Kpop Idol tu aku tak minat sangat. 

Ada beza ye sebenarnya. Ni nak habaq mai! Kpopers adalah gelaran untuk orang yang minat lagu deme aje. Tapi kalau yang hanya minat drama diorang tak dipanggil kpopers, tapi Kipas-susah-mati atau lebih tepat penggemar drama korea serta Hantu drama. 

Okey! memang aku belajar bahasa korea yang dipanggil Hangeul. Kalau nak try belajar pergilah. Tak susah sangat pun sebab perkataan diorang senang aje. 


P/s; Lepas ni aku nak try belajar accents pulak. Basic accents dah tahu sikit-sikit. Contoh: american, british, spain, Indian, Chinese, Nigeria.

17 comments:

  1. Perghhhh respect lah. Saya tak minat sangat nak belajar bahasa banyak-banyak ni.
    Except for English and Arabic ja haha. Takpa, keep on learning inshaAllah ada gunanya satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang penting belajar lebih dari 3 bahasa. Arabic pun memang kena belajar jugak.

      Rasanya bahasa antarabangsa yang pertama Rnglish, Kedua China dan yang ketiga Arab.

      Delete
  2. untunglahhh... saya nk cakap english pon struggle nak mampus hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Yake kena struggle? Bila baca blog Bro Amer okey je english. Takpa. Tapi tak apa. Perlahan-lahan belajar. saya pun english bukan baik sangat. Nanti boleh minta bro Syed ajarkan. Dia English Teacher.

      Delete
  3. Tq sudi singgah kat blog akak.. ok lah tu blh cakap lebih banyak bahasa .. akak pon peminat drama cina hahah.. korea , jepun tengok jugak kalo jalan cerita yang best..tapi nak belajar bercakap bahsa dioarang entahlahh..hiiii

    ReplyDelete
  4. Tq kak sebab follow back. Khenn...

    Okey lepas ni swap drama Korea-Cina-jepun ye.

    Hahahahahah

    ReplyDelete
  5. Done follow.. Saya tumpang kagum, tahniah dapat kuasai lebih dari 3 language T_T hahaha jeles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq follow sis. HAhaha... takde apa pun. biasa je ni☺

      Delete
  6. Cool la bro haha. Btw saya belajar jepun katakana je tu pon sendu sendu haha. Tapi bahasa jepun memang best and saya pun hantu drama jugak kekeke especially korea and japan. Nice to find your blog bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is quite hard to learn. Tapi cubalah jugak. Hahah.. Kita geng lagi! Tq Nurin!! Nanti Qbal buat Nurin as my bloglist. Senang nak BW bog Nurin

      Delete
  7. wow bestnya tahu banyak bahasa! hahaha Syara tahu sikit-sikit je Jepun memandangkan adik Syara sekolah Sbp dan sekolah dia ada ajar bahasa tersebut jadi kami bersama-sama having a conversation dalam bahasa tu. Kalau Korea pula.., memang tidak dinafikan best sangat bahasa dia! Syara belajar dengan kawan Syara je..sebabnya dia arif bahasa ni dan pandai tulis Hangul. Dia pandai juga bahasa Filipina. Kalau bahasa cina ni dalam kelas Syara ada lebih kurang 3 orang pelajar yang memang pekat sangat bahasa cina dia (macam orang cina yang bercakap) but, Syara tak tahu sangat cina ni..cumanya, cousin Syara sekolah mandarin ada belajar sikit-sikit la dengan dia. Tamil pun ada belajar juga xD sebab Syara ramai kawan India. Tapi, hakikatnya lebih selesa guna Bahasa Melayu. Inggeris pun boleh la hahahaaha

    ReplyDelete
  8. waaa... panjangnya komenπŸ˜‚πŸ˜‚ tapi takpa Qbal snggup baca.

    Is really good to have friends from other culture. Seronoknya Nur ada kawan ramai. Qbal sekolah satu bangsa aje.

    teruskan belajar bahasa lain. Is really importance. Senang kalau tahu banyak bahasa. antaranya tak mudah ditipu nnti.

    Qbal pun suka english jugaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  9. follow sini. jum blogwalking blog saya http://beehaazman19.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait sis. Tq follow. I'll follow you back

      Delete
  10. Last sem I took Japanese .. and I dropped it because Level 3 of Japanese was really tough!Nangis time mahu bwat assignment tue.. Next sem aku terpaksa ambik balik. Aku minat sgat dgn anime, tetapi setakat tgok anime saja tidak cuku huhu.

    Dan kalau belajar Jepun secara mendalam mmg mcm belajar Grammar Bahasa Inggeris tue. Payah betul. We only study Hiragana & Katakana. But still need to improve and learn more.. Belajar bahasa 1sem mmg x cukup. Hahaha

    Sorrylah panjang pula komen. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hshahahhaπŸ˜‚πŸ˜‚ takpa pnjang2.

      Sis pun belajar Jepun. waaaa...

      Delete

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.