Review: Novel Mrs. Maidku

22:35:00

Tajuk: Mrs. Maidku
Penulis: Syaza Arisha
MS: 486ms
Bab: 62
Penerbit: Alaf 21


Is a nice story to read and make me felt resplendent. Thank you so much  and I gave 10/10 stars rating for this simple stories. Love it so much.

Hairul and Syazana. Watak yang digarap cantik oleh seorang penulis baru. Rasanya novel pertama dari seorang penulis berbakat ni memang tak dapat dinafikan. Tq Kak Syaza. Tak sia-sia beli dengan Kak. Tak peliklah kalau novel ni dapat sambutan hangat dekat ilham dulu.

Hah, tak dapat nak kejar akak masa dekat ilham. Haha!







Terima kasih freegive tu. Comel.

Novel yang berkisarkan tentang seorang maid yang bernama Syazana. Bekerja dengan seorang majikan yang super-duper aku sakit hati dengan perangai Hairul. kakahakah!

Kalau aku jadi Syazana dah lama aku campak Hairul ni dari bangunan KLCC. Dia ingat dia boss dia boleh buli pekerja dia ke?

Tapi Syazana hebat. Dia dapatlah jugak tahan dengan perangai tak semengah Hairul ni.

Tahan sekejap je lepas tu nak lari! hahahah!

Makcik Jebon si penghidup cerita. Aku admire gila dengan Mak cik Jebon. Kalau ada orang macam Makcik Jebon ni best jugak. Tapi kalau hari-hari nak bergosip, memang siapa aje tak boleh tahan.

Syazana ni rupanya jadi Maid sebab nak cari keluarga dia. Kenapa dia cari keluarga dia? Rindu lah weh! dah 25 tahun tak jumpa. Kena tinggal dekat rumah anak yatim macam tu aje tanpa apa-apa.

Shayira. Si mulut bising dan si suka buat kacau. Ada masa dia nampak matang. Aku suka lah cara Kak Syaza create watak novel dia. Memang syok sangat bila baca.

Si Ikmal. Memang aku tak boleh blah dengan perangai dia ni. Nampak sangat yang dia ni psiko. Kalau aku jadi Syazana dah lama aku campak dia masuk dalam laut.

Dah tinggalkan Syazana, suka-siku-sakat aje dia nak getback balik. Ugut-ugutlah bagai. Geram jugak aku dengan perangai dia ni.

Lepas Hairul dengan Syazana kahwin sebab kena paksa dengan Hairul. Paksa ke? aku rasa Hairul yang offer Syazana kahwin dengan dia sebab..... Hmm kena beli dan baca sendiri. (Hint sikit: bukan sebab Hairul ni terpaksa kahwin)

Dan bila dah kahwin ni, Hairul punya perangai.... Allah. asyik nak marah dan merajuk aje. Aku kesian dengan Syazana. Hairul memang agak panas baran. Dekat sinilah yang paling aku geram!!

Kak Syaza kejam! haha! sampai hati buat Syazana macam tu. Sob-sobs! Kekekekek

Itulah yang aku rasa best bila baca cerita ni. Tq Kak Syaza for this nice story. 






Kak Syaza Q nak komen sikit je lagi.

Tak boleh komen banyak-banyak sebab Q pun penulis juga. Hiks.

Adalah sikit kesalahan ejaan.

Tapi takpe sebab memang biasa typo-typo ni bila menulis. Q pun pernah kena juga. Kadang-kadang kita tak  perasan sebab dalam kajian sains bila kita tengok tulisan kita lebih dari banyak kali memang otak kita jadi imun dan tak perasan ejaan yang salah tu.

FAKTA!

Hahaha...

Dan ada sikit bila Kak Syaza masukkan perkataan bahasa inggeris. Sederet bahasa melayu tiba2 ada bahasa inggeris terselit agak terganggu bila nak baca. Itu je.

Jangan marah Kak Syaza.

Apa-apa pun memang saya suka dengan novel Kak Syaza. I Love It!

Untuk penulis baru macam akak. Novel macam ni memang debut akak yang mantap.

Assalamualaikum. 

No comments:

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.