Filem ni paling Munafik!

May 17, 2016


Salam semua  dan selamat petang. okey, FI bukanlah nak mereview atau nak komen apa-apa yang banyak sangat tentang filem Munafik ni yang dah berjaya mendapat kutipan besar dalam tayangan pertama. Sebenarnya FI nak ceritakan satau kisah yang agak seram jugalah tentang apa yang berlaku dekat sekolah FI baru-baru ni. dan ini memang ada kaitan dengan Filem Munafik. masa FI dengar dari pelajar senior-senior sekolah macam tak percayalah dengan apa yang diorang cerita tapi lepas tanya pelajar yang sendiri nampak buatkan FI percaya. samapi ustaz dah melarang budak-budak hostel untuk jangan tengok cerita Munafik ni.

 

Korang ada pernah baca tak hari tu yang ada blogger ni kata yang filem munafik ni menyeru hantu? kalau korang pernah bacalahkan. Hah, itulah yang terjadi dekat sekolah FI. budak-budak hostel kena serbu dengan hantu. bunyi macam kelakar tapi seriuosly benda ni bukan main-main.



kalau korang nak tahu dalam filem munafik tu memang Syamsul yusof betul-betul selitkan mantera yang betul-betul boleh menyeru hantu untuk datang.

malam tu budak-budak hostel sekolah FI ramai-ramai lah pergi tengok filem munafik ni sebelum masuk tidur. semualah pakat dok depan TV tengok cerita ni. sebenarnya budak hostel kitorang tak tahu pun yang mantera dalam cerita MUnafik ni memang betul-betul punya menyeru hantu. diorang pun laynkan ajelah. mula-mula takde apa-apa berlaku.

tapi, bila time nk tidur, entah macam mana semua pakat-pakat lari keluar. lima orang budak hostel senior dengan seorang cikgu kena kacau malam tu. empat orang tak teruk sangat. yang seorang lagi aje yang nampak 'benda' jelas.

teruk jugalah kena kacau dengan benda tu sampai semua budak takut nak balik dorm. tapi yang peliknya yang kena kacau dengan benda tu budak senior yang tak tengok langsung pun cerita Munafik tu. tapi macam mana diorang yang boleh kena? sedangkan diorang tak tengok langsung.

Pagi tu memang kecoh betullah jadinya. tapi kecoh secar diam-diamlah. hanya beberapa budak sekolah aje yang tahu cerita ni termasuk FI. cikgu taknak kecoh-kecohkan benda ni semua takut pelajar takut.



So... moral of the story. FI nak nasihatkan korang jangan sesekali berani untuk tonton filem ni dekat kawasan sekolah yang sememangnya dah keras dan jangan berani tengok seorang diri. sebab Mantera adalah mantera yang betul. tak mustahil benda tu akan datang. jadi banyakkan baca ayat kursi ye?

kalau nak tengok juga cerita ni boleh. ceritanya pun ada hari-hari dekat TV3. apa? korang tak tahu ke?
alah, cerita munafik ni ada setiap pukul 9.00 malam dekat TV3. real punya munafik. bukan belakon.

okeylah.. bye.. salam semua.

2 comments:

  1. wahhh tak sangka ye ada jugak berlaku macam ni. huhuhu

    ReplyDelete
  2. yep.. seriuos perkara ni betul2 jadi. grrrr... serama

    ReplyDelete

Drop ur felling Here

Powered by Blogger.